Assalamu'alaikum...Selamat Datang di Electrical Engineering Community 04...Take your Coment Bro...

Monday, May 11, 2009

Tahukah anda ??



1. Mao Tse tsung tidak pernah membersihkan gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.



2. Rata-rata sebatang pensil disusun garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensil setiap tahun. Jika kesemua pensil itu digunakan utk membuat garisan lurus ia dapat membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali



3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.



4. Planet Pluto menempuh masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya agar tidak bertabrakan dengan planet Neptune.



5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,



6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.



7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.



8. kandungan emas di laut adalah 200 kali lipat lebih banyak berbanding di daratan



9. Jika semua saluran darah dalam tubuh manusia disusun ia dapat meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km



10. Jika usus kecil manusia dibelah dan disusun-susun,ia dapat memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.



11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempo 24 jam.



12. Laki-laki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.



13. Setiap langkah kedepan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan



14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi lebih dari 5 juta tahun lagi.



15. Tekanan jantung manusia semasa memompa darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pompaan dapat mengeluarkan darah sejauh 9 meter.



16. Rata-rata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeda-beda.



17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.



18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu



19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah



20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu memakan sesama sendiri.

sumber --> http://www.geocities.com/pjeary2k/jee/tahukah_anda.html

No comments: